* Street Shooter's Life *

A secret about a secret....experience...natural

Sape penah baca komik ni???? komik ni cuma ade 5 siri sahaja....

Komik karya Shinobu Inokuma

 SINOPSIS:
Taufan Limau Tachibana atau dikenali juga sebagai The Draft of Citrus...
Karya yang sarat dengan mesej yang positif dan bermanfaat....
sebuah komik yang mengisahkan permainan pedang yang popular di Jepun iaitu Kendo...

Karya ini mengisahkan seorang remaja yang berasal dari ladang limau Ehime, namanya Tachibana Tachibana, beliau mempunyai seorang ayah yang terkenal dengan tanaman limau yang bernama Jiyosei Tachibana. Ayahnya memberikan nama ini supaya anaknya juga terkenal dengan tanaman limau. Justeru, Tachibana telah dianugerahkan nasib yang berkaitan dengan limau sejak dilahirkan. Walaupun masih seorang budak sekolah tetapi Tachibana mempunyai kekuatan yang menakjubkan apabila mampu mengangkat bakul besar dua kali saiz badannya dengan penuh berisi limau. Sikap positif, tabah, berani dan semangat juang yang ada dalam dirinya tidak mematahkan semangatnya untuk menguasai dunia dengan menyertai pasukan pedang, Kendo walaupun tidak mahir dalam teknik dan peraturan permainan pedang.

Watak Utama:
Tachibana Tachibana
Kunihiko Yanagida
Sakaki
Iwao Suzuki
Adik-beradik Kikuchi
Jurulatih Tsukishima
Pengetua Katagiri

Koleksi komikku yang ketiga, Episod 1 - 5 (Tamat)





Categories:

One Response so far.

  1. Unknown says:

    HELLO....KOMIK NI ADE LG X...
    klo ADE bleh JUAL ??

Leave a Reply