* Street Shooter's Life *

A secret about a secret....experience...natural

28hb Nov...yeayyyyyyyy!! SPM da abis (mcm aku jer yg amik peksa)....disebabkan exam dah abis so konon2nyer nak meraikan adik aku & geng2 dia yg baru abis SPM ler ni g mandi-manda....disebabkan cuaca sekarang yg x berapa nak elok....so aktiviti mandi-manda dlm bangunan jer lor....hikhikhik....

Nilah dia tempat mandi-manda dalam bangunan...
Tiram Indoor Water Park yg terletak di Today's Mall, Ulu Tiram..
.
kira best jugak la tempat ni...sape yg ade anak2 tu blehla bawa ke sini....
mak ayah nak terjun skali pn bleh...(^_^)

Tiket murah jer...RM10 (dewasa), RM 7 (kanak2) utk weekdays...
harga up skit ble weekend & public holidays...RM12 (dewasa) & RM9 (kanak2)....

Pintu Masuk

Sotong gergasi pun ade

Menarik

Loker penyimpanan beg disediakan


Cantik

Pancutan air

Paling best....gelungsur

Tempat berteduh


Untuk maklumat lanjut boleh layari website dibawah (mcm promoter plak):
http://www.tiramwaterpark.com.my/


Read More …

Semalam tiba-tiba gatal tangan tukar template utk blogku....
Setelah puas google menggoogle, jumpa la satu template menarik gtu...
Tapi bila da guna template maka banyakla widgets dulu yg jd bengong...
terpaksa buang widget2 tersebut utk diselaraskan dengan template & layout baru ni....

Lepas da siap semua, maka blog da berwajah baru....
agak berpuas hati juga dgn template ni....
so hopefully lepas ni da x gatal tangan tukar template lg...
semalaman kejekan blog ni je...nak bagi baru gtu...
isinye lama juga....
tapi akan merajinkan diri utk upload blog ni...
supaya sentiasa up to date ko....hehe...

nak display skit wajah baru blogku ini...

Jeng...jeng...jeng...

Interface
Welcome Note
Blog Post


Read More …



Bunga

Hidupan Laut

Sea side

Senja berlabuh
Rumah Brunei

Burung Pergam

Hanging Bridge

Bandaraya Johor Bahru

Read More …

After a long time did not update my blog, today I wanna share my new masterpiece of poem...Just a simple poem...enjoy!!! (^_^)


Food is tasty
Food is yummy
It's homy
It's lovely.

Yum-yum...
It's melting
It's crunchy
It's nice
It's cozy.

Good and healthy
Part of life
To be strong and happy
No pain no blame
It's sincere to everybody.




Isnin, 8 October 2012
6:15 p.m.
...(^_^)...

Read More …

Hari ini nak kongsi resepi Peach Roll atas permintaan makcik-makcikku yg dikasihi... 
Mak Ina & Ucu...hehe...
Resepi ini aku tak pernah try lagi...resepi ni diperolehi daripada bondaku...emakku...Pn. Zainab Muslimin...
Kek ni memang menjadi permintaan ramai ble menjelang hari raya sebab sedap sangat....asal raya jerk mesti licin...hehehe...(^_^)


RESEPI PEACH ROLL

A) Cara-Cara Membuat Lapisan Kek:
     Bahan-Bahan:
  • 9 biji telur – 3 buang putihnya
  • 1 sudu besar ovellette 
  • 50 gm air sejuk 
  • 150 gm gula halus/caster 
  • 100 gm tepung Hong Kong 
  • 1 camca teh baking powder
  • 60 gm tepung jagung 
  •  1 sudu besar esen vanilla 
  •  75 gm mentega (dicairkan) 
  •  Pewarna merah (atau ikut citarasa anda)
 
     Cara-caranya:
  1. Pukul telur, air, ovellette, baking powder dan tepung hingga naik pekat.
  2. Masukkan pewarna dan gaul rata.
  3. Masukkan esen vanilla, pukul sebentar sahaja.
  4. Akhir sekali,  masukkan mentega cair, gaul hingga rata.
  5. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian. Kemudian, masukkan satu adunan  tersebut  lebih kurang 3 senduk ke dalam loyang nipis (10” x 10”) dan bakar dalam oven  pada suhu 180 darjah.
  1. Ulang langkah 5, untuk mendapatkan 4 keping lapisan kek.
 p/s: Sebelum masukkan adunan ke dalam loyang, lapiskan loyang dengan  
         kertas minyak.

B) Cara-Cara Membuat Jem:
  1. 1 tin buah peach – buang airnya separuh
  2. Kisarkan buah peach tersebut.
  3. Kemudian dimasak dengan 1 camca tepung jagung dan 3 sudu gula hingga pekat. Pastikan sentiasa dikacau supaya tidak hangus.
  4. Setelah masak, angkat dan sejukkan.

C) Cara-cara Membuat Butter Cream:
Bahan-Bahan:
  • 175 gm butter
  • 68 gm gula aising
  • ¼ kotak susu cair
  • ½ camca the esen vanilla

    Cara-caranya:
  •  Butter sejuk dipukul dengan gula sedikit-sedikit. Kemudian, masukkan esen vanilla dan susu. Pukul hingga sebati.

Proses terakhir:
  •  Masukkan lapisan kek ke dalam loyang berbentuk 3 segi atau separa bulat.
  • Lapiskankan kek dengan jem peach dan cream.

p/s: Proses yg sama juga untuk blueberry roll.

 ~ Selamat Mencuba ~


Peach Roll
Read More …

FIKSYEN 302



Sesungguhnya membaca novel karya Ramlee Awang Mursyid membuatkanku asyik dan berada di dalamnya...Novel Fiksyen 302  merupakan novel ke 13 karya Ramlee Awang Mursyid yang telah berjaya kubaca....namun tidak semua novel yg telah kubaca adalah milik sendiri...ada yang dipinjam dari sahabatku dan ada yg dibeli oleh adikku...Ranggau, Tombiruo Terakhir, Rahsia Perindu, Hatiku Di Harajuku, Cinta Sang Ratu, Ungu Karmila, Hijab Sang Pencinta, Mikhail dan 9 Nyawa antara karya Ramlee Awang Mursyid yang kumiliki....karya-karya beliau sememangnya menepati citarasaku yang menggemarkan sesuatu pembacaan yg menjurus kepada cabaran, penyiasatan & teka-teki......

Karya terbaru Ramlee Awang Mursyid, Fiksyen 302 ini....telah menambat hatiku seawal bab yang pertama lagi...kisah ini semakin mencabar & menarik minat aku apabila eksperimen Anjakan Kuantum digunakan dalam karya ini...yang dikaitkan dalam ruang lingkup mekanikal kuantum yang digabungkan dengan aspek psikologi. Minda yang bergerak seiring ruang masa, lebih tertakluk kepada keterbalikan waktu. Aku yg dulunya pernah mempelajari ilmu yang berkaitan bidang tersebut walaupun tidak menjurus kepada mekanik kuantum pun tidak menyangka ia mampu menjadi satu eksperimen keterbalikan waktu. Nampak sangat aku blaja tak pandai.hahahaha....."Physics is for real"....rindu plak nak blaja....hihi=)

Sape yang minat karya Ramlee Awang Mursyid....baca r novel ni....meletupppp....=)


Read More …

Bila diberi tugasan sebagai pembuat buku program...
maka aku pun mencipta ler buku program menggunakan teknologi ICT yg ada.....
nila keje aku paling suka buat...
edit using computer......



Read More …

Awan Berarak Senja









Read More …

Sape penah baca komik ni???? komik ni cuma ade 5 siri sahaja....

Komik karya Shinobu Inokuma

 SINOPSIS:
Taufan Limau Tachibana atau dikenali juga sebagai The Draft of Citrus...
Karya yang sarat dengan mesej yang positif dan bermanfaat....
sebuah komik yang mengisahkan permainan pedang yang popular di Jepun iaitu Kendo...

Karya ini mengisahkan seorang remaja yang berasal dari ladang limau Ehime, namanya Tachibana Tachibana, beliau mempunyai seorang ayah yang terkenal dengan tanaman limau yang bernama Jiyosei Tachibana. Ayahnya memberikan nama ini supaya anaknya juga terkenal dengan tanaman limau. Justeru, Tachibana telah dianugerahkan nasib yang berkaitan dengan limau sejak dilahirkan. Walaupun masih seorang budak sekolah tetapi Tachibana mempunyai kekuatan yang menakjubkan apabila mampu mengangkat bakul besar dua kali saiz badannya dengan penuh berisi limau. Sikap positif, tabah, berani dan semangat juang yang ada dalam dirinya tidak mematahkan semangatnya untuk menguasai dunia dengan menyertai pasukan pedang, Kendo walaupun tidak mahir dalam teknik dan peraturan permainan pedang.

Watak Utama:
Tachibana Tachibana
Kunihiko Yanagida
Sakaki
Iwao Suzuki
Adik-beradik Kikuchi
Jurulatih Tsukishima
Pengetua Katagiri

Koleksi komikku yang ketiga, Episod 1 - 5 (Tamat)





Read More …

Koleksi Komik Keduaku, SLAMDUNK (Episod 1-31 Tamat)

Siri manga karya Takehiko Inoue

SINOPSIS:

Watak utama manga ini ialah Sakuragi Hanamichi. Dia bermula sebagai seorang yang disisihkan dan menggunakan kekerasan sebagai cara untuk mendapatkan kuasa dan publisiti, menjadi ketua sebuah kumpulan samseng. Hanamichi yang tidak begitu popular dengan gadis, telah ditolak oleh mereka sebanyak 50 kali. Namun, dia mendapat tahu bahawa Akagi Haruko ialah gadis impiannya dan sangat gembira apabila mendapati yang Haruko tidak gentar kepada Sakuragi.

Haruko, yang mengetahui kecergasan Hanamichi memperkenalkan Hanamichi kepada pasukan bola keranjang Shohoku. Pada mulanya Hanamichi agak keberatan untuk menyertai pasukan itu kerana dia tidak mengetahui apa-apa tentang sukan itu. Dia menganggap sukan bola keranjang adalah untuk orang pengalah (juga kerana gadis ke-50 menolak Hanamichi untuk seorang pemain bola keranjang). Walaupun dengan sikap ketidakmatangan dan panas barannya, Sakuragi membuktikan yang dia adalah seorang atlit berpotensi dalam sukan berkenaan (juga kerana ingin memikat Haruko). Rukawa Kaede - musuh ketat Sakuragi dalam percintaan dan bola keranjang menyertai pasukan itu pada masa yang sama. Mitsui Hisashi, seorang bekas MVP sekolah menengah tinggi, dan Miyagi Ryota, pendek tetapi pantas juga menyertai pasukan berkenaan dan bersama-sama dengan kapten pasukan Shohoku Akagi Takenori berusaha menjadikan pasukan Shohoku sebagai juara kebangsaan.

Watak Utama:
Sakuragi Hanamichi
Rokawa Kaede
Miyagi Ryota
Mitsui Hisashi
Akagi Takenori 

Sumber>> http://ms.wikipedia.org/wiki/Slam_Dunk

Koleksi Slamdunk, Episod 1 - 31 (Tamat)




Read More …

Salah satu komik yang paling aku gemari ialah "Detektif Conan"
KEPINTARAN...KETAJAMAN...KEBIJAKSANAAN...BERPENGETAHUAN
dalam menyelesaikan kes pembunuhan...
menjadikan watak Detektif Conan Edogawa atau nama sebenarnya
Shinichi Kudo terkenal di kalangan peminat komik ini....
Jalan cerita yang penuh dengan tanda tanya, debaran, thrill....
malah diselitkan dengan skrip dialog yg mencuit hati...
menjadikan komik ini bertakhta di jiwa pembacanya....

SINOPSIS:
Karya oleh Gosho Aoyama ini mengisahkan seorang detektif, Conan Edogawa
yg identiti sebenarnya iaitu Shinichi Kudo yang merupakan
pelajar sekolah tinggiterpaksa dirahsiakan setelah dipaksa minum
sejenis ubat yang tidak diketahui oleh Kumpulan Gelap 
menyebabkan badannya mengecil dan menjadi kanak-kanak sekolah rendah...

 Watak Utama:
Conan Edogawa aka Shinichi Kudo
  Ran Mouri
Kogoro Mouri
Hiroshi Agasa aka Profesor Agasa
Ai Haibara
Genta Kojima
Mitsuhiko Tsuburaya
Ayumi Yoshida
Heiji Hattori
 Sonoko Suzuki
Kazuha Toyama

Rasai kehebatan Detektif Conan dalam menyelesaikan siasatan kes pembunuhan....
korang bolehlah layan anime ni di televisyen atau
baca manga secara online...tapi
aku lebih suka buat koleksi komik dan baca komik ni
berbanding menonton dan baca manga scr on9...

Antara koleksi komik Detektif Conan...




Read More …

Kenapa korang suka baca komik???
walaupun orang kata komik itu bacaan kanak-kanak tapi sy tetap suka baca komik....
ade org kata "dah beso2 baca komik lagi....renti2 kan ler baca komik tu...."
sy sengih jerk.....(^________^)
kalau korang nak tau masa kecik2 dulu sy x bleh baca komik....kena baca buku skola....
nak baca kena sembunyi2....ooopppsss...pecah da rahsia....dah beso2 ni ler baru dpt baca komik....
start baca komik ms skola tp sembunyi2 la...
paling glamor masa tu komik Doraemon....hihi
tapi yang paling best skali komik "Penyiasat Remaja:Hajime Kindaichi"
susah skang nak cari komik tu...
ade pun yg diterbitkan semula tp tak berapa cantik ilustrasinya...
ape2 pun ok la juga...sedang dalam usaha mengumpul komik tersebut...

untuk pengetahuan korang....
kalau kat jepun diorg panggil komik ni 'manga' 
kat korea diorg panggil 'manhwa'
 dua negara ni mmg kuasa besar komik....
terutamanya Jepun....

so kat cni sy nak kongsi koleksi komik sy....
walaupun tak banyak tapi blehla...=)


Komik pertama yg sy baca - Hajime Kindaichi




Read More …

 
I wanna share with u....my adorable musician ever....
even though I can't play the instrument...(^_______^)

It's best to hear and feel the music throughout the instrument...
very skillable....talented....amazing...awesome....



Maksim Mrvica - The most skillable pianist......



Vanessa Mae - The most talented violinist...



Kitaro - The greatest multi-instrumentalist.....



Kenny G - The best saxophonist....


Read More …