* Street Shooter's Life *

A secret about a secret....experience...natural

Koleksi Komik Keduaku, SLAMDUNK (Episod 1-31 Tamat)

Siri manga karya Takehiko Inoue

SINOPSIS:

Watak utama manga ini ialah Sakuragi Hanamichi. Dia bermula sebagai seorang yang disisihkan dan menggunakan kekerasan sebagai cara untuk mendapatkan kuasa dan publisiti, menjadi ketua sebuah kumpulan samseng. Hanamichi yang tidak begitu popular dengan gadis, telah ditolak oleh mereka sebanyak 50 kali. Namun, dia mendapat tahu bahawa Akagi Haruko ialah gadis impiannya dan sangat gembira apabila mendapati yang Haruko tidak gentar kepada Sakuragi.

Haruko, yang mengetahui kecergasan Hanamichi memperkenalkan Hanamichi kepada pasukan bola keranjang Shohoku. Pada mulanya Hanamichi agak keberatan untuk menyertai pasukan itu kerana dia tidak mengetahui apa-apa tentang sukan itu. Dia menganggap sukan bola keranjang adalah untuk orang pengalah (juga kerana gadis ke-50 menolak Hanamichi untuk seorang pemain bola keranjang). Walaupun dengan sikap ketidakmatangan dan panas barannya, Sakuragi membuktikan yang dia adalah seorang atlit berpotensi dalam sukan berkenaan (juga kerana ingin memikat Haruko). Rukawa Kaede - musuh ketat Sakuragi dalam percintaan dan bola keranjang menyertai pasukan itu pada masa yang sama. Mitsui Hisashi, seorang bekas MVP sekolah menengah tinggi, dan Miyagi Ryota, pendek tetapi pantas juga menyertai pasukan berkenaan dan bersama-sama dengan kapten pasukan Shohoku Akagi Takenori berusaha menjadikan pasukan Shohoku sebagai juara kebangsaan.

Watak Utama:
Sakuragi Hanamichi
Rokawa Kaede
Miyagi Ryota
Mitsui Hisashi
Akagi Takenori 

Sumber>> http://ms.wikipedia.org/wiki/Slam_Dunk

Koleksi Slamdunk, Episod 1 - 31 (Tamat)




Categories:

One Response so far.

  1. amin says:

    Assalam, kalau ada nak jual komik. Boleh roger sy ye. 0192551287 Whatsapp atau aminrahman98@gmail.com. Tq ya. harap sgt dpt beli :)

Leave a Reply