* Street Shooter's Life *

A secret about a secret....experience...natural

Hari ini nak kongsi resepi Peach Roll atas permintaan makcik-makcikku yg dikasihi... 
Mak Ina & Ucu...hehe...
Resepi ini aku tak pernah try lagi...resepi ni diperolehi daripada bondaku...emakku...Pn. Zainab Muslimin...
Kek ni memang menjadi permintaan ramai ble menjelang hari raya sebab sedap sangat....asal raya jerk mesti licin...hehehe...(^_^)


RESEPI PEACH ROLL

A) Cara-Cara Membuat Lapisan Kek:
     Bahan-Bahan:
  • 9 biji telur – 3 buang putihnya
  • 1 sudu besar ovellette 
  • 50 gm air sejuk 
  • 150 gm gula halus/caster 
  • 100 gm tepung Hong Kong 
  • 1 camca teh baking powder
  • 60 gm tepung jagung 
  •  1 sudu besar esen vanilla 
  •  75 gm mentega (dicairkan) 
  •  Pewarna merah (atau ikut citarasa anda)
 
     Cara-caranya:
  1. Pukul telur, air, ovellette, baking powder dan tepung hingga naik pekat.
  2. Masukkan pewarna dan gaul rata.
  3. Masukkan esen vanilla, pukul sebentar sahaja.
  4. Akhir sekali,  masukkan mentega cair, gaul hingga rata.
  5. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian. Kemudian, masukkan satu adunan  tersebut  lebih kurang 3 senduk ke dalam loyang nipis (10” x 10”) dan bakar dalam oven  pada suhu 180 darjah.
  1. Ulang langkah 5, untuk mendapatkan 4 keping lapisan kek.
 p/s: Sebelum masukkan adunan ke dalam loyang, lapiskan loyang dengan  
         kertas minyak.

B) Cara-Cara Membuat Jem:
  1. 1 tin buah peach – buang airnya separuh
  2. Kisarkan buah peach tersebut.
  3. Kemudian dimasak dengan 1 camca tepung jagung dan 3 sudu gula hingga pekat. Pastikan sentiasa dikacau supaya tidak hangus.
  4. Setelah masak, angkat dan sejukkan.

C) Cara-cara Membuat Butter Cream:
Bahan-Bahan:
  • 175 gm butter
  • 68 gm gula aising
  • ¼ kotak susu cair
  • ½ camca the esen vanilla

    Cara-caranya:
  •  Butter sejuk dipukul dengan gula sedikit-sedikit. Kemudian, masukkan esen vanilla dan susu. Pukul hingga sebati.

Proses terakhir:
  •  Masukkan lapisan kek ke dalam loyang berbentuk 3 segi atau separa bulat.
  • Lapiskankan kek dengan jem peach dan cream.

p/s: Proses yg sama juga untuk blueberry roll.

 ~ Selamat Mencuba ~


Peach Roll
Read More …