* Street Shooter's Life *

A secret about a secret....experience...natural

Opppsss...ini bukan sajak yg aku cipta tapi ingin berkongsi bersama kisah yg dipetik dari blog sahabatku...
Bersama2lah kita renunginya....

Andainya lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.
Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah, itulah maknanya
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.
Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu.
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih menganggap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian.
Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.
Selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.


Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.
Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.


Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata,
“tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.
Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.
Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.
Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.
Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu
yang terbaik untuk anak2 anda.

~ Thank to my friend, Umi...sbb bg share ini kisah ~
Read More …

Aku musafir lalu di duniaMu
Aku menumpang teduh di atas bumiMu
Aku singgah sebentar di alam fanaMu
Aku insan hina di atas pentasMu.

Aku sentiasa berlari mencari RahmanMu
Aku sentiasa merintih meraih RahimMu
Aku sentiasa bersujud memohon TawwabMu
Aku mencari terus mencari NurhidayahMu.

Namun semakin kuberlari
semakin kumerintih
semakin kumemohon
semakin kumencari
yang batil laju mendatangiku
aku lemas tidak berupaya.

Allahu Rabbi,
Ya Quddus,
Ya Salam,
Ya  Mukmin,
Ya Muhaimin,
Peliharalah daku dari kemurkaanMu
Bimbinglah daku ke jalanMu
Sucikanlah daku dari segala kekotoran
Sejahterakanlah daku dengan hidayahMu
Amankanlah daku dari bencanaMu
Dakulah sang pencariMu.


Cebisan Rasa
Ahad, 24 April 2011 
20 Jamadilawal 1432H
1.18 p.m.
Read More …

Riang ria kehidupan mewarnai
Setiap detik senyuman terukir
Bagai pelangi indah di kaki langit
Berwarna-warni menghiasi diri
Tiada keluhan tiada tangisan.

Sang mentari terik memancar ceria
Memberi harapan hidup bernafas
Hilang lenyap dilindungi awan
Mendung berarak gelapkan alam
Menangisi bumi bermandikan hujan
Panahan itu membunuhku
Bagaikan halilintar menyambar tanpa salam.

Panahan itu melukakan kalbu
Harapan musnah bagai tidak bernyawa
Diri naif tidak terperi
Kekuatan diri jadi taruhan
Pegangan sabar lenyapkan panahan.

Bagaikan jatuh ke tanah rata
Dari bangunan tinggi mencakar langit
Hancur berkecai serpihan kaca
Dimana berpaut dimana bergantung
Hanya Yang Satu jadi penawar.


Nukilanku
Ahad, 24 April 2011
20 Jamadilawal 1432H
12.22 p.m.
...(^_^)...
Read More …

Cinta...
rahsia hati tersirat...
rasailah dengan mata hati...
rungkai erti cinta sejati...
tanpa cinta tidak mengenal Pencipta
tanpa cinta tidak mengenal Nabi
tanpa cinta hilang hormat pada yang tua
tanpa cinta permusuhan bermaharajalela
tanpa cinta jenayah bergelandangan
raihlah cinta seupayanya
selagi kamu mampu untuk bercinta.


Isnin, 18 April 2011
8.20 p.m.
Read More …

Suasana indah hijau menawan
Memukau saujana mata memandang
Sakuramu mekar memikat jiwa
Menjadi rebutan lensa kamera
Yang jauh pasti datang mendekat
Yang dekat akan terus terpikat
Santunan sifatmu menjadi pengikat
di bahagian timur dan juga barat.

Khamis, 7 April 2011
3 Jamadilakhir 1432H
9.45 p.m.
...(^_^)...
Read More …

Syukur, kita masih disini
masih bernafas masih bernyawa
masih diberi ruang menikmati pancaran mataharinya
masih diberi keizinan menyingkap rahsia di hari ini
semalam sudah menjadi sejarah
esok masih menjadi rahsia.

Hari ini sungguh indah
sang mentari tersenyum ceria
pawana menghembus mesra
siang datang menyapa
malam datang menjengah.

Hari ini jua bumiMu menangis
menyirami tumbuh-tumbuhan
nan menyubur
membawa berita gembira.

Esok, di manakah kita?
Esok, masihkah ada waktu
atau terbujur kaku?
Esok, siang menyapa kita
atau Izrail memanggil kita?
Esok menjadi rahsia.

Hiduplah di hari ini
Hari ini milikmu
Esok belum tentu datangnya.

Rabu, 6 April 2011
2 Jamadilawal 1432H
7.00 p.m.
...(^_^)...
Read More …

Desiran ombak mengalunkan lagu
tanpa perkusi tanpa melodi
Hanya ada irama nan indah
mendamaikan jiwa melapangkan hati...

Sang pawana datang dan juga pergi
membelai lembut mengusik mimpi
kadang dirasai kadang sunyi
kadang membadai kadang menyepi...

Camar kecil bersiul-siulan
mengisi angkasa terbentang luas
di atas batuan taman permainan
menghibur hati pencinta seni...

Kehijauan dedaun meliuk-liuk
hidup subur tersusun indah
penyejuk mata sang kekasih
tiada cacat tiada cela...

Lautan biru khazanah alam
rahsia tersembunyi di kejauhan
siapa mencari pasti menemui
dengan usaha dengan kegigihan.

Ahad, 3 April 2011
29 Rabiulakhir 1432H
9.07 pagi
...(^_^)...
Read More …

Kekasihku...
Laungan namaMu
Menggamit ruang jiwaku...
Tatkala mata memejam menghilangkan segala duka
KAU hadir...
HadirMu amat kupinta...
Tiada kekasih abadi selain diriMu.

Kekasihku...
Air mataku yang ku simpan tertumpah jua...
Maafkan diriku...
Masih adakah ruang untukku disisiMu...
Masih adakah waktu untukku bersujud padaMu...
Memohon ampun dariMu.

Kekasihku...
Bisakah aku meraih kasih sayangMu...
Bisakah aku menggenggam erat firmanMu...
Bisakah aku berpegang teguh pada imanku...
Bisakah aku melihat matahariMu
menyinari alam ciptaanMu lagi.

Kekasihku...
Aku mengharap redhaMu...
Aku rindu bait-bait suci seruanMu...
Kuatkan jiwaku wahai KASIHku...
Kini aku sunyi dalam gembira...
Masihkah ada sinar hidayah buatku...
Wahai KEKASIHku.

5 Oktober 2010
6:53 p.m.
...(^_^)...
Read More …

Dengan hanya sebuah basikal
kau kayuh ilmumu untuk permata dunia
kau tongkat kasihmu demi anak bangsa
kau tunggang tanggungjawabmu bersendirian
kau tuntun segala buku mereka bersama keringat
loceng dipasang supaya tidak alpa
pedal pada kakimu diinjak dengan keikhlasan
pemegang di basikalmu dipacu dengan hemat
agar peganganmu tidak goyah.

Hidupmu ibarat roda
dibawa ke bawah dibawa ke atas
namun kau tetap setia
mengharung cabaran dunia
tanpamu tidak akan ada
sebuah basikal yang sempurna.

Ahad, 24 Mei 2009
10:12 malam
...(^_^)...
Read More …