* Street Shooter's Life *

A secret about a secret....experience...natural

Sarapan pagiku.....=)
Resepi ni aku cari kat internet...kat website ape da lupa....huhu

Bahan-bahan:
  • 1/2 bungkus Meehoon
  • 200gm daging cincang/daging potong kecil
  • 10 ekor udang basah
  • segengam udang kering
  • sawi, carrot potong kecik & taugeh
  • 1 bijik bawang besar, 3 ulas bawang putih
  • sedikit serbuk lada sulah / lada hitam yang mana berkenan
  • segengam bawang goreng
Cara-cara:
  1. Rendam meehoon dan toskan
  2. Kisar bawang besar, bawang putih, udang kering & serbuk lada sulah
  3. Tumiskan bahan kisar sampai garing & naik bau... masukkan daging & sedikit air untuk masakkan daging
  4. Kemudian masukkan carrot & batang sawi.. masukkan udang, garam & bahan perasa (klu nak sihat tak yah letak)
  5. Masukkan meehon & bawang goreng, kemudiannya taugeh & daun sawi.. masak sampai sebati & dah siap untuk dimakan.. klu ader cili jeruk boleh makan bersama.
~ SeLaMaT MeMaSaK ~

P/S: Saya tak guna daging cincang tapi guna daging ayam....pn boleh...
Read More …


Makanan kegemaranku di pagi raya...takde sambal goreng tak lengkap rasanya hari rayaku...
Makan gitu aje lg sedap....=)

Bahan-bahan:
  • Kentang
  • Tahu
  • Tempe
  • Fish ball
  • Serai
  • Lada kering
  • Bawang besar
  • Bawang putih 
  • Soo Hoon
  • Santan
  • Air asam jawa
  • Gula & garam

Cara-cara:
  1. Goreng soo hoon dgn minyak yg baru...(jgn guna minyak yg sudah digunakan nanti soo hoon tak kembang & tak masak)...kemudian, ketepikan.
  2. Dengan menggunakan minyak tadi...goreng kentang, tauhu & tempe yg dipotong dadu...& bila dah masak ketepikan.
  3. Tumiskan cili kering, bawang besar & bawang putih yg telah dikisar dan serai yang dihiris sehingga naik bau.
  4. Setelah itu, masukkan kentang, tauhu, tempe & fish ball....kacau rata.
  5. Kemudian, masukkan air asam jawa, garam, gula dan santan dan kacau sehingga sebati.
  6. Akhir sekali, taburkan soo hoon dan kacau rata.
  7. Bila sudah masak...bolehler korang hidangkan...sebelum tu tutup api dulu yer jgn lupe....=)
P/S: Sori yer...takde sukatan untuk bahan-bahan yg digunakan...sebab main campak-campak & agak-agak jer....(^_^)

~ SeLaMaT MeNcUbA ~
Read More …


Nilah sup yg menjadi kegemaran masa study kt UTM dulu...rindulah pulak jd cubalah utk masak sup ni...
maka jejariku pantas mengetuk keyboard mencari resepi sup ini di internet...
Inilah hasilnya...boleh tahan la juga...tmbh sendiri bahan2 lain...adik2 suka makan...weee...

Bahan-bahan:
  • 4 paket tahu Jepun
  • 1 biji bawang besar
  • 3 biji bawang putih
  • 3 biji cili padi
  • 2 biji kentang
  • 1 paket cendawan biasa
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 5 biji fish ball
  • Tepung gandum (utk memekatkan kuah)
  • Sedikit minyak

Cara-cara:
  1. Potong tahu jepun mengikut ape yg anda rasa menarik. Kemudian, goreng dan ketepikan.
  2. Tumiskan bawang besar, bawang putih & cili padi yang telah dihiris sehingga naik bau. Kemudian, masukkan sos tiram & tambah sedikit air.
  3. Setelah itu, masukkan kentang yg telah dipotong. Bila kentang sudah empuk, masukkan cendawan & fish ball. Kacau sekejap.
  4. Akhir sekali, masukkan tahu jepun yg telah digoreng dan tambah air ikut suka ati korang. Kemudian, masukkan tepung gandum yg telah dibancuh dan kacau sebati.
  5. Setelah masak, bolehlah korang makan.....eh, hidang dulu....=)

~ SeLaMaT MeNcuBa ~

P/S: Biasanya nak memekatkan sup org guna tepung jagung....tapi sbb tepung jagung takde...jd sy guna tepung gandum...ikut yg mana korang suka...ok...(^_^)

Read More …


Hari ini 27 November 2011 bersamaan 1 Muharam 1433H merupakan tahun baru Islam...
apakah perubahan yg ingin anda lakukan pada tahun baru ini???
pastinya ramai yg lupa akan tahun baru Hijriah...kebanyakan kita lebih mengingati tahun baru Masihi....
jadi ape kate sempena tahun baru ini...kita sama2 melakukan perubahan dgn menjadikan tahun baru Islam ini sebagai satu titik mula perubahan dalam hidup kita...
Kita perlu hayati dan menyelami maksud perhijrahan itu sendiri...
supaya kita sentiasa dekat dan ingat pada sang PENCIPTA...Allah s.w.t...

" SEMOGA HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM
DAN HARI ESOK LEBIH BAIK DARI HARI INI "

Mari bersama hayati lirik lagu ini...
 
  Satu Muharram detik permulaan
Perkiraan tahun Islam Hijrah
Perpindahan nabi dan umat Islam
Dari Kota Mekah ke Kota Madinah
Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta

Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan

Oleh itu mari semua
Kita sambut Maal Hijrah
Tingkatkan semangat
tegakkan syiar Islam

Untuk sepanjang zaman 3x



* SALAM MAAL HIJRAH *
~ SeLaMaT MeNyAmBuT aWaL MuHaRrAm ~




Read More …

Lawatan ke Langkawi pada cuti sekolah 28,29 & 30 Jun 2011.............

















Read More …













Lawatan ke Melaka bersama jiran tetangga pada bulan 12, 2010.......
Read More …








 

Majlis resepsi di rumahku.............12.03.2011
Read More …







  

Majlis Persandingan di rumah kakak ipar....Felda Keratong, Bandar Muazzam Shah, Pahang....06.02.2011

Read More …

2 bulan sudah tak update blog...buat keje malas....apelagi update blog...uhuhuhu...=)...ape perkara menarik utk dikongsi yer????nak menulis sajak idea xde...nak bercerita bukan narrator...nak luahkan perasaan dah tentu2 xde perasaan...ermmmm....just share my photo that i snape sepanjang tahun 2011....(^_^)

Read More …

Resipi Karipap - Karipap Cinta

3 Ulas rasa suka
1 botol hati gembira
1 biji rendah diri (Saiz besar)
2 cawan tolak ansur
5 keping kehormatan
Secubit rasa rindu
3 batang tanggungjawab,
10 guni kejujuran...
~ Selamat menikmati hidangan ini ~

Sumber daripada:
Filem Karipap-Karipap Cinta


Sebuah karya : Nazri M. Annuar

Read More …

Langkahmu pantas meninggalkanku...datangmu pasti sentiasa dirindui...pergimu jua bersama linangan air mata...adakah dapat bertemu kembali bulan ramadhan yang mulia ini...
Pejam celik...pejam celik...dah hampir sebulan umat Islam menunaikan ibadah puasa maka sampailah kita pula pada hari kemenangan, Hari Raya Aidilfitri...semalam kami semua berbuka puasa bersama family sebelah ayah yang menetap di Sarawak...Mak Ngah & her family...dan juga Mak Ilun & her family di Pontian...bila dah bersama sudah terasalah kemeriahan hari rayanya...
 Bila sebut pasal raya teringat kemeriahan menyambut hari raya masa zaman kanak-kanak...baju baru, kasut baru, kuih raya dan yang paling best duit raya...tak lupa juga bunga api..hehe...
Dulu dapat duit raya sekarang dah sampai giliran aku pulak bagi duit raya...seronoknya juga tgk budak2 dapat duit raya macam tulah seronoknya aku masa kecik2 dulu...duit raya dapat simpan masuk bank...kalau ada benda yang berminat nak beli...kumpul duit raya banyak2 then belilah apa yang kita inginkan...hehe...bila dah besar ini dah menjadi tabiat bila dapat gaji mesti kumpul jika nak beli sesuatu yang diinginkan...;-D
Dah besar2 ni teringin juga nak main bunga api or mercun...tahun ni dapat juga aku main bunga api baru terasa sikit kemeriahan nak sambut raya ini...ngee...(^_^)
opppss...tapi jangan lupa walaupun ibadah puasa akan berlalu...sebagai hambaNya kita hendaklah terus bersyukur dengan nikmat kurniaanNya dan tidak lupa untuk terus mencari pahala dan amalan walaupun bukan di bulan Ramadhan....biarlah kita menjadi hambaNya bukan kita menjadi hamba Ramadhan...insyaAllah
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN
MOHON AMPUN & MAAF 
JIKA TERKASAR BAHASA....TERSILAP BICARA...
TERMARAH TIDAK SENGAJA...
HALALKAN SEGALA MAKAN & MINUM...
SEMOGA ANDA SEMUA BAHAGIA DI HARI MULIA INI...;-D
Saloma-Selamat Hari Raya
Read More …

Menggapai ingin menggapai tangan tak sampai...
Bersuluh ingin bersuluh dalam kegelapan...
Berjalan ingin berjalan penuh halangan...
Mengejar ingin mengejar jatuh tersungkur...
itulah dugaan dalam mengharap REDHANYA KASIH ILAHI.


< D'Estrella Peace >
Read More …

Mencari terus mencari ketenangan tertinggi...
Menghayati terus menghayati kurniaan nikmat yang diberi...
Menyelami terus menyelami khazanah yang tersembunyi...
untuk meraih CINTA KASIHNYA YANG TERAGUNG.

< D'Estrella Peace >
Read More …

2011...
The toughest year I have to face of...
hopefully there is a good news and sweet memories to left off...
but no one knows what will happen next...
is it bad or is it good????
if bad, try to improve it....
if good, make it as a motivation to go through this life...
so just wait and see what token that we will gain 4 this year....
INSYAALLAH


~ SALAM RAMADHAN ~
Read More …

KASIH,
kenapa masih ada pertelingkahan
sedangkan Kau telah turunkan hujan
agar bunga-bunga subur di taman.

KASIH,
kenapa masih ada permusuhan
sedangkan Kau telah sinarkan mentari
menerangi setiap sudut alam.

KASIH,
kenapa masih ada kecelaruan
sedangkan telah Kau berikan senyuman
sang purnama di setiap malam.

KASIH,
kenapa masih ada perpecahan
sedangkan telah Kau satukan
Ansar dan Muhajirin.

KASIH,
kenapa masih ada kekeliruan
sedangkan telah Kau kurniakan
ilmu bermanfaat untuk diamalkan.

KASIH,
kenapa masih ada pergolakan
sedangkan telah Kau cambah
erti kemesraan dalam hati setiap insan.

KASIH,
kenapa masih ada peperangan
sedangkan telah Kau cantikkan
dunia dengan pelangi keindahan.

KASIH,
kenapa masih ada kekacauan
sedangkan telah Kau harumkan
insan dengan wangian kasih sayang.

KASIH,
kenapa masih ada pergaduhan
sedangkan telah Kau hiburkan
dengan nyanyian burung-burung berkicauan.

KASIH,
bilakah akan berakhir?
hambaMu yakin dan pasti
akan hilang pertelingkahan
akan hilang permusuhan
akan hilang kecelaruan
akan hilang perpecahan
akan hilang kekeliruan
akan hilang pergolakan
akan hilang kekacauan
akan hilang pergaduhan
apabila tiupan sangkakalaMu menghancurkan bumi.


 p/s:Kenapa ada pertelingkahan?...Kenapa ada permusuhan?...Sedangkan kita lahir dari sebuah kemesraan.
      Renung2kan....


Hasil Nukilan,
Diana Nadia Zee
Ahad, 10 Julai 2011
8 Syaaban 1432H
 4.06 p.m.


~  NowSeeHeart-Damai ~
Read More …

Suramnya alam tanpa senyuman
Mentari hilang di sebalik awan
Bumi menangis bermandikan hujan
Seperti meratapi pemergianmu teman.

Segalanya sudah terpisah jua
Hanya tinggal sebuah kenangan
Doa kudusku jadi iringan
Air mataku jadi peneman.

Insan kerdil kau pergi jua
Semoga tenang dikau di sana
Takkan kembali takkan bersua
Meninggalkan kami di dunia fana.

Kalau itu sudah takdirmu
Kau pergi takkan kembali
Kepada Allah dikau dikembalikan
Di sisi Allah dikau ditempatkan.


Nukilan rasa:
Diana Nadia Zee
Rabu, 29 Jun 2011
27 Rejab 1432
3.09 p.m.


p/s:  Hari ini dia pulang ke rahmatullah...ke sisi penciptaNya yang Maha Esa...al-Fatihah
       Dia ialah arwah Alia Syahirah, anak muridku.
Read More …



It's make me sick and tired....quite tired...
sometimes, we want to make all happy but we are not a superman...we are just a human with two hands and two legs...what we can do is just do what we able to do....
ermmm....but some can't understand what are we feelin inside...
Allah, give me some space to rest...
give me ur strength...
make me strong...
coz i'm too tired...



Read More …

Hari ini genaplah 27 tahun aku berada di muka bumi Allah yang indah ini...
Alhamdulillah...aku diberi kesempatan sekali lagi untuk melihat & merasai sinaran pancaran matahariMu 
Semakin bertambah usia maka semakin dekatlah kita kepada kematian
Seram jugak klu diingatkan...
Dah cukupkah amalan & bekalan????
Jadi rebutlah lima perkara....

Daripada Abdullah bin Abbas r.a., Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

"Rebutlah lima perkara sebelum lima perkara; muda sebelum engkau tua, sihat sebelum engkau sakit, kaya sebelum engkau miskin, kelapangan sebelum engkau sibuk, hidup sebelum engkau mati."

[Riwayat al-Hakim]

Peringatan bukan sahaja untuk korang semua tapi juga untuk diri aku yang mudah lupa......

MatahariMu

Read More …

Lama jugak tak nampak pelangi,
semalam di sekolah, selepas hujan muncul ler dua pelangi ni....
menghiasi kaki langit....
Orang kata kalau ade pelangi muncul maksudnya ade tuan puteri turun mandi...
betul ke????hahaha...dongeng jer tuhhh...


Pelangi memiliki banyak cerita menarik secara keilmuan  atau dari dongeng dan mitos. Keunikan pelangi yang jarang terlihat dan keindahan warnanya itulah yang membuat pelangi kaya mitos yang justru membuat pelangi semakin dinanti. Pelangi juga sebutan lain dari tie dye yang mempunyai banyak warnauntuk digali dan dijadikan inspirasi dalam berkarya. 
Secara fisika, pelangi adalah gejala optik saat cahaya matahari menembus titik-titik air di udara, lantas terurai menjadi warna penyusunannya. Ternyata beberapa jumlah warna pelangi masih belum pasti. Mengenai susunan tujuh warna pelangi pertama kali dicetuskan oleh Isaac Newton setelah menguraikan cahaya matahari dengan prisma, yang aneh adalah definisi warna nila (indigo). Tidak ada yang tahu pasti warna ini seperti apa, mungkin yang dimaksud Newton adalah warna antara biru dan ungu, tetapi tidak ada definisi warna antara merah dan jingga atau hijau dan biru. Pendapat lain mengatakan, pelangi tersusun dari segala macam warna yang bisa dilihat oleh mata manusia, yang jumlahnya tak pasti kerana mata manusia mampu membedakan hingga 350.000 warna. Kata lainnya, pelangi tersusun atas warna dengan rentang panjang gelombang 400 - 700 nm, yaitu warna merah tua sekitar 700 nm dan ungu sekitar 400 nm. Entahlah, tetapi sepertinya kita hanya mampu menangkap dengan jelas warna merah, kuning, hijau seperti yang kita nyanyikan dulu. Bagaimana dengan dongeng-dongeng dan mitos mengenai pelangi? Ada yang mengatakan pelangi adalah tangga para bidadari turun ke bumi, atau itulah selendang para bidadari itu. Ada lagi mitos tentang siapa yang berjalan di bawah pelangi akan menemukan ujung pelangi segalan keinginannya akan terwujud. Dongeng lainnya, pelangi merupakan pertolongan dari Tuhan bagi negri yang sedang ditimpa bencana. Ataukah pelangi adalah keberuntungan bagi Jaka Tarub yang bertemu Nawang Wulan?
Seperti apapun pelangi itu tetaplah selalu dinanti untuk dinikmati.

Dipetik daripada>>http://www.scribd.com/doc/18366337/pelangi 

Yang pastinya pelangi adalah anugerah Allah yang terindah 
kerana tercipta dengan pelbagai warna.

PELANGI

Read More …

Mak dan abah sedang berbual di luar...kami adik-beradik kat dalam tolak-menolak...
yang sorang suruh kakak dia, yang sorang suruh adik dia...yang sorang suruh abang dia..termasuk aku skali...
Si kakak (akulah tu).."Ko lah bagi...."
Si adik "Akak lah bagi..."
Ko bagi...aku bagi...ko bagi...aku bagi...sape nak bagi ni....hehe
Last2 si adik lelaki ni yang bagi...hahaha...
"Mak ada orang bagi..." cewahhhh...(^_^)

Tadaaaa.....


Bila abah baca, beliau pun berkata "Six monsters??'....sambung lagi...."Kan anak-anak abah manusia bukan monsters.."hehehe...(^_^)





Kad ucapan dua dalam satu...walaupun hari bapa bulan depan (Jun) tapi nak bagi sekali...senang...:-)          

Mak dan abah tercinta



Tadaaaaa....sepasang jam tangan... 
Jenuh juga nak cari hadiah ni...banyak kedai g semua tak berkenan....last2 jumpe juga....weee...wink2
Read More …

Pagi nan hening sunyi sepi
dilihat bangkit sesusuk tubuh
bangkitnya dengan iringan doa
memohon kesyukuran dibangkitkan semula
setelah lena panjang merehatkan jiwa.

Kaki dilangkah penuh hikmah
Penuh niat penuh harapan
Tiada keluhan tiada rungutan
Bangkitnya lagi hanya keranaNya
Memenuhi amanah memenuhi harapan.


Harapannya satu tidak beribu
Mendidik membimbing amanah Ilahi
Si jantung hati penawar diri
Memberi kasih tidak terkecuali
Tiada had tiada terperi.

Tabah dan sabar jadi pegangan
Nasihat teguran jadi bekalan
Nyanyian merdumu jadi igauan
Sentuhan kasihmu jadi rinduan
Walaupun jauh tetap diingatan.

Kasihmu itu tidak ternilai
Tiada di daratan tiada di lautan
Luasnya menjangkau semesta alam
Tidak mampu dijual tidak mampu digadai
Harum kasihmu mekar ke akhir zaman.


     ~ SELAMAT HARI IBU ~

Nukilanku,
Ahad, 8 Mei 2011
1.38 p.m.
...(^_^)...
Read More …

Daripada Ibn Abbas r.a., Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

"Dua mata yang tidak disentuh oleh api neraka;
mata yang menangis kerana takutkan Allah, dan mata
yang berjaga malam mengawal jalan Allah."

[Riwayat al-Tirmizi]

Read More …

"Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu,
Jika hilang agamamu,
Maka hilanglah cintaku padamu."

~ IMAM NAWAWI ~



Read More …

Opppsss...ini bukan sajak yg aku cipta tapi ingin berkongsi bersama kisah yg dipetik dari blog sahabatku...
Bersama2lah kita renunginya....

Andainya lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.
Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah, itulah maknanya
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.
Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu.
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih menganggap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian.
Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.
Selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.


Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.
Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.


Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata,
“tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.
Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.
Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.
Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.
Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu
yang terbaik untuk anak2 anda.

~ Thank to my friend, Umi...sbb bg share ini kisah ~
Read More …

Aku musafir lalu di duniaMu
Aku menumpang teduh di atas bumiMu
Aku singgah sebentar di alam fanaMu
Aku insan hina di atas pentasMu.

Aku sentiasa berlari mencari RahmanMu
Aku sentiasa merintih meraih RahimMu
Aku sentiasa bersujud memohon TawwabMu
Aku mencari terus mencari NurhidayahMu.

Namun semakin kuberlari
semakin kumerintih
semakin kumemohon
semakin kumencari
yang batil laju mendatangiku
aku lemas tidak berupaya.

Allahu Rabbi,
Ya Quddus,
Ya Salam,
Ya  Mukmin,
Ya Muhaimin,
Peliharalah daku dari kemurkaanMu
Bimbinglah daku ke jalanMu
Sucikanlah daku dari segala kekotoran
Sejahterakanlah daku dengan hidayahMu
Amankanlah daku dari bencanaMu
Dakulah sang pencariMu.


Cebisan Rasa
Ahad, 24 April 2011 
20 Jamadilawal 1432H
1.18 p.m.
Read More …

Riang ria kehidupan mewarnai
Setiap detik senyuman terukir
Bagai pelangi indah di kaki langit
Berwarna-warni menghiasi diri
Tiada keluhan tiada tangisan.

Sang mentari terik memancar ceria
Memberi harapan hidup bernafas
Hilang lenyap dilindungi awan
Mendung berarak gelapkan alam
Menangisi bumi bermandikan hujan
Panahan itu membunuhku
Bagaikan halilintar menyambar tanpa salam.

Panahan itu melukakan kalbu
Harapan musnah bagai tidak bernyawa
Diri naif tidak terperi
Kekuatan diri jadi taruhan
Pegangan sabar lenyapkan panahan.

Bagaikan jatuh ke tanah rata
Dari bangunan tinggi mencakar langit
Hancur berkecai serpihan kaca
Dimana berpaut dimana bergantung
Hanya Yang Satu jadi penawar.


Nukilanku
Ahad, 24 April 2011
20 Jamadilawal 1432H
12.22 p.m.
...(^_^)...
Read More …

Cinta...
rahsia hati tersirat...
rasailah dengan mata hati...
rungkai erti cinta sejati...
tanpa cinta tidak mengenal Pencipta
tanpa cinta tidak mengenal Nabi
tanpa cinta hilang hormat pada yang tua
tanpa cinta permusuhan bermaharajalela
tanpa cinta jenayah bergelandangan
raihlah cinta seupayanya
selagi kamu mampu untuk bercinta.


Isnin, 18 April 2011
8.20 p.m.
Read More …

Suasana indah hijau menawan
Memukau saujana mata memandang
Sakuramu mekar memikat jiwa
Menjadi rebutan lensa kamera
Yang jauh pasti datang mendekat
Yang dekat akan terus terpikat
Santunan sifatmu menjadi pengikat
di bahagian timur dan juga barat.

Khamis, 7 April 2011
3 Jamadilakhir 1432H
9.45 p.m.
...(^_^)...
Read More …

Syukur, kita masih disini
masih bernafas masih bernyawa
masih diberi ruang menikmati pancaran mataharinya
masih diberi keizinan menyingkap rahsia di hari ini
semalam sudah menjadi sejarah
esok masih menjadi rahsia.

Hari ini sungguh indah
sang mentari tersenyum ceria
pawana menghembus mesra
siang datang menyapa
malam datang menjengah.

Hari ini jua bumiMu menangis
menyirami tumbuh-tumbuhan
nan menyubur
membawa berita gembira.

Esok, di manakah kita?
Esok, masihkah ada waktu
atau terbujur kaku?
Esok, siang menyapa kita
atau Izrail memanggil kita?
Esok menjadi rahsia.

Hiduplah di hari ini
Hari ini milikmu
Esok belum tentu datangnya.

Rabu, 6 April 2011
2 Jamadilawal 1432H
7.00 p.m.
...(^_^)...
Read More …

Desiran ombak mengalunkan lagu
tanpa perkusi tanpa melodi
Hanya ada irama nan indah
mendamaikan jiwa melapangkan hati...

Sang pawana datang dan juga pergi
membelai lembut mengusik mimpi
kadang dirasai kadang sunyi
kadang membadai kadang menyepi...

Camar kecil bersiul-siulan
mengisi angkasa terbentang luas
di atas batuan taman permainan
menghibur hati pencinta seni...

Kehijauan dedaun meliuk-liuk
hidup subur tersusun indah
penyejuk mata sang kekasih
tiada cacat tiada cela...

Lautan biru khazanah alam
rahsia tersembunyi di kejauhan
siapa mencari pasti menemui
dengan usaha dengan kegigihan.

Ahad, 3 April 2011
29 Rabiulakhir 1432H
9.07 pagi
...(^_^)...
Read More …

Kekasihku...
Laungan namaMu
Menggamit ruang jiwaku...
Tatkala mata memejam menghilangkan segala duka
KAU hadir...
HadirMu amat kupinta...
Tiada kekasih abadi selain diriMu.

Kekasihku...
Air mataku yang ku simpan tertumpah jua...
Maafkan diriku...
Masih adakah ruang untukku disisiMu...
Masih adakah waktu untukku bersujud padaMu...
Memohon ampun dariMu.

Kekasihku...
Bisakah aku meraih kasih sayangMu...
Bisakah aku menggenggam erat firmanMu...
Bisakah aku berpegang teguh pada imanku...
Bisakah aku melihat matahariMu
menyinari alam ciptaanMu lagi.

Kekasihku...
Aku mengharap redhaMu...
Aku rindu bait-bait suci seruanMu...
Kuatkan jiwaku wahai KASIHku...
Kini aku sunyi dalam gembira...
Masihkah ada sinar hidayah buatku...
Wahai KEKASIHku.

5 Oktober 2010
6:53 p.m.
...(^_^)...
Read More …

Dengan hanya sebuah basikal
kau kayuh ilmumu untuk permata dunia
kau tongkat kasihmu demi anak bangsa
kau tunggang tanggungjawabmu bersendirian
kau tuntun segala buku mereka bersama keringat
loceng dipasang supaya tidak alpa
pedal pada kakimu diinjak dengan keikhlasan
pemegang di basikalmu dipacu dengan hemat
agar peganganmu tidak goyah.

Hidupmu ibarat roda
dibawa ke bawah dibawa ke atas
namun kau tetap setia
mengharung cabaran dunia
tanpamu tidak akan ada
sebuah basikal yang sempurna.

Ahad, 24 Mei 2009
10:12 malam
...(^_^)...
Read More …