* Street Shooter's Life *

A secret about a secret....experience...natural


Nilah sup yg menjadi kegemaran masa study kt UTM dulu...rindulah pulak jd cubalah utk masak sup ni...
maka jejariku pantas mengetuk keyboard mencari resepi sup ini di internet...
Inilah hasilnya...boleh tahan la juga...tmbh sendiri bahan2 lain...adik2 suka makan...weee...

Bahan-bahan:
  • 4 paket tahu Jepun
  • 1 biji bawang besar
  • 3 biji bawang putih
  • 3 biji cili padi
  • 2 biji kentang
  • 1 paket cendawan biasa
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 5 biji fish ball
  • Tepung gandum (utk memekatkan kuah)
  • Sedikit minyak

Cara-cara:
  1. Potong tahu jepun mengikut ape yg anda rasa menarik. Kemudian, goreng dan ketepikan.
  2. Tumiskan bawang besar, bawang putih & cili padi yang telah dihiris sehingga naik bau. Kemudian, masukkan sos tiram & tambah sedikit air.
  3. Setelah itu, masukkan kentang yg telah dipotong. Bila kentang sudah empuk, masukkan cendawan & fish ball. Kacau sekejap.
  4. Akhir sekali, masukkan tahu jepun yg telah digoreng dan tambah air ikut suka ati korang. Kemudian, masukkan tepung gandum yg telah dibancuh dan kacau sebati.
  5. Setelah masak, bolehlah korang makan.....eh, hidang dulu....=)

~ SeLaMaT MeNcuBa ~

P/S: Biasanya nak memekatkan sup org guna tepung jagung....tapi sbb tepung jagung takde...jd sy guna tepung gandum...ikut yg mana korang suka...ok...(^_^)

Categories:

Leave a Reply